Salam utk semua,
Kami sedang menawarkan jualan penghabisan stok bagi tudung-tudung terpilih mulai 20hb September yang lalu sehingga stok habis.
Jangan lepaskan peluang ini, diskaun antara 10% ke 25% kami tawarkan untuk tudung-tudung kami.
Tawaran ini hanya kami tawarkan di USJ, Subang Jaya sahaja....Siapa cepat dia dapat.
Friday, 24 September 2010
Friday, 17 September 2010
Selamat Pulang Dari Kampung
Salam,
Diharapkan semua dah kembali kerumah masing-masing setelah berhari raya di kampung bergaya dengan tudung, blouse dan jubah NENY. Kalau puas hati kempen-kempenlah pada kawan-kawan ..tapi kalau ada yang tak puas hati tu bagi tau kami, kami akan perbaiki segala apa yg kekurangan. Tapi harap-harap tak ade yg tak puas hati.
Dalam post ini kami senaraikan corak-corak kain lepas Raya. Memang amat sesuai utk digayakan ke 'rumah terbuka'. Ada yang corak 'hands spray'.

DELETED - STOK SUDAH HABIS
Tuesday, 14 September 2010
:)
Salam,
Apa khabar? Diharap semuanya sihat dan ceria di samping keluarga tersayang sambil menikmati juadah Hari Raya. Tapi makan tu berpada-pada, dah kurang sikit berat badan pada bulan Ramadhan tak kan pulak lepas tak sampai 1 minggu dah pecah rekod pulak...naik beberapa kilo. Badan mau jaga juge ye...
Mungkin ramai lagi di antara kita yang masih dikampung. Kalau nak balik nanti hati-hati dijalanraya. Pandu cermat jiwa selamat.
Blog ini agak kurang aktif semasa bulan Ramadhan yang lalu. InsyaAllah akan kembali aktif lepas minggu Raya ni. Jadi tunggu....
Wassalam.

Tuesday, 31 August 2010
RAMADHAN - 10 hari terakhir
Salam untuk semua pengunjung blog tudung NENY,
Kini kita semakin hampir kepenghujung Ramadhan. Hanya tinggal 9 hari lagi sebelum kita meninggalkan bulan yang penuh rahmat ini. Diantara malam-malam terakhir ini akan adanya malam lailatul qadar.
Malam lailatul qadar terjadi pada bulan Ramadhan, sekali dalam setahun. Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda yang bermaksud :
”Carilah lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan, jika ada diantara kalian lemah, maka jangan sampai luput dari tujuh malam yang terakhir.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Saturday, 21 August 2010
RAMADHAN - Fasa Kedua
Salam,
Wassalam.
INSHAALLAH
10 hari pertama telah berlalu. Kini kita telah memasuki fasa kedua Ramadhan iaitu fasa maghfirah (pengampunan). Semoga kita dapat teruskan dengan usaha-usaha kita untuk beramal sebanyak mungkin dibulan ini. Doakan dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik untuk terus menghayati Ramadhan hingga ke penghujungnya.
Adakah Ramadhan ini merupakan Ramadhan terakhir buat kita? Hanya Allah sahajalah yang Maha mengetahui....
Adakah Ramadhan ini merupakan Ramadhan terakhir buat kita? Hanya Allah sahajalah yang Maha mengetahui....
Bulan Ramadhan ini kami tak senaraikan corak-corak stok kain terbaru kami dlm blog ini. Lepas Raya nanti akan disenaraikan semula.
Wassalam.
INSHAALLAH
Monday, 9 August 2010
SELAMAT MENGERJAKAN IBADAH PUASA
Sabda Nabi (s.a.w) - Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
Selamat Mengerjakan Ibadah Puasa. Doakan agar kita dapat menyempurnakan ibadah ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

Saturday, 31 July 2010
Pengumuman 31hb Julai 2010
Salam,
- Seperti yang dimaklumkan di dalam blog ini sejak beberapa minggu lepas, tempahan borong oleh bukan Pengedar ditutup mulai 1hb Ogos 2010. Ini bagi membolehkan kami memenuhi tempahan untuk pengedar-pengedar kami sebelum Aidil Fitri. Terima kasih kepada semua yang telah membeli secara borong dari kami walaupun tidak menjadi pengedar. Kami berharap dapat berurusan lagi dengan anda pada masa depan. InsyaAllah tempahan borong untuk bukan Pengedar akan kami buka semula selepas Aidil Fitri ini.
- Kepada semua Pengedar, kerjasama amat diharapkan agar segala tempahan-tempahan dapat dimaklumkan kepada kami sebelum bermulanya bulan Ramadan. Ini bagi menjamin tidak timbul sebarang kelewatan.
- Untuk yang masih berminat untuk menjadi Pengedar bolehlah menghubungi kami kerana tawaran sebagai Pengedar masih lagi terus dibuka.
Berikut disenaraikan kain-kain corak untuk minggu ini:
---- STOK SUDAH HABIS -----
---- STOK SUDAH HABIS -----
Wassalam.
Sunday, 25 July 2010
CORAK-CORAK KAIN - 26/7/2010
Salam,
Berikut adalah corak-corak kain untuk minggu ini. Kebanyakan kain-kain ini adalah berbatu. Ada beberapa corak yang telah habis tempahan pada beberapa post yang lalu telah pun kami order stok baru. Jadi pada yang berminat dengan corak-corak tersebut, tapi masih belum dapat order bolehlah merujuk senarai dibawah.
Untuk senarai yang dipost pada 28 Jun, sebahagian dari corak kain tersebut masih lagi ada dalam simpanan stok kami. Pesanan/tempahan masih lagi boleh dibuat.
Kami juga mempunyai stok untuk kain-kain tidak bercorak (plain). Kain tanpa corak tidak senaraikan disini. Kalau nak order hanya maklumkan kepada kami warnanya sahaja.

CONTOH CORAK KAIN TELAH KEHABISAN STOK
Friday, 23 July 2010
BULAN SYAABAN
PERISTIWA-PERISTIWA DI BULAN SYAABAN:
1. Menurut Imam Nawawi, hari Nisfu Syaaban pada 15 haribulan tahun kedua Hijrah telah berlaku pertukaran kiblat umat Islam. Iaitu dari Masjid al-Aqsa ke Kaabah di Masjid al-Haram.
2. Berlaku peperangan Bani Mustalik pada tahun kelima Hijrah. Kemenangan berpihak kepada Islam.
3. Berlaku peperangan Badar yang terakhir pada tahun keempat Hijrah.
ANTARA AMALAN DI BULAN SYAABAN:
1. Memperbanyakkan Puasa Sunat
Saidatina Aisyah RAnha berkata yang bermaksud:
"Aku tidak pernah melihat Rasulullah S.A.W. menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda memperbanyakkan berpuasa sepertimana pada bulan Syaaban." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
2. Memperbanyakkan Berzikir dan Berdoa
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
"Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah."(Riwayat al-Baihaqi).
3. Bertaubat dan Beristighfar
Firman Allah Taala bermaksud:
"Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya."
(Surah an-Nur: Ayat 31).

Wednesday, 14 July 2010
Lantikan Pengedar Kajang Dan Bangi
Tahniah diucapkan kepada Cik Nor Fazila di atas lantikan sebagai wakil Pengedar produk NENY di kawasan Kajang dan Bangi. Selamat Maju Jaya...
Tel : 017-6157806
Tel : 017-6157806
Saturday, 3 July 2010
Pengumuman
Salam,
1. Tempahan Borong Oleh Pemborong Yg Bukan Pengedar Produk NENY akan ditutup mulai 1hb Ogos 2010. Ini bagi membolehkan stok tempahan semua Pengedar-pengedar kami untuk Hari Raya ini dapat dipenuhi. Walaubagaimanapun, permohonan sebagai wakil Pengedar akan terus dibuka kepada individu/syarikat yang berminat.
2. Lantikan Pengedar Terbaru kami : YM Raja Sharina, Kuala Terengganu, Tel : 012-9085135...Tahniah
Terima Kasih
Monday, 28 June 2010
NEW ITALIAN DESIGN - 28 June 2010
Disenaraikan pelbagai kain bercorak italian design dari NENY Enterprise. Kain-kain ini adalah dari jenis kain Lycra yang bermutu tinggi. Sebahagiannya adalah berbatu. Amat sesuai dijadikan tudung scallop, syria, CT ataupun tudung biasa . Hubungi kami segera sekiranya berminat, kain-kain sebegini sememangnya diminati ramai. Utk melihat kain ini dengan lebih jelas terutamanya nak tahu ianya berbatu atau tidak,sila click pada gambar yang dipilih.
STOK INI SUDAH HABIS
Hubungi kami di nenybiz@gmail.com
STOK INI SUDAH HABIS
Hubungi kami di nenybiz@gmail.com
Saturday, 1 May 2010
SELAMAT HARI PEKERJA
Salam,
NENY Enterprise mengucapkan SELAMAT HARI PEKERJA untuk semua pelanggan-pelanggan kami dan wakil-wakil pengedar diseluruh negara. Ingatlah bahawa bekerja itu adalah satu ibadah.
Terima kasih diatas sokongan anda semua selama ini.

Sunday, 28 March 2010
Contoh-contoh kain corak - 28/3/2010
Salam,
PHOTO TELAH DI DELETE.....TIADA STOK LAGI...
Disenaraikan contoh kain yg baru kami perolehi hari ini. Sesuai untuk dijadikan tudung ataupun blouse muslimah. Sebahagiannya bercorak dan berbatu.
PHOTO TELAH DI DELETE.....TIADA STOK LAGI...
C123
C124
C125
C126
C127
C128
C129
C130
C131
C132
Sunday, 21 March 2010
ABAYA - New Arrival....from Dubai and Jordan
Jangan ketinggalan untuk mendapatkan ABAYA yang diimport terus dari Dubai dan Jordan.....hubungi kami atau wakil-wakil kami....
CODE : ABY01
CODE : ABY02
CODE : ABY03
CODE:ABY04
CODE: ABY05
CODE : ABY06
Saturday, 20 March 2010
SANTAPAN ROHANI.....Untuk Renungan Kita...
Bersihkan lah diri mu sebelum kamu di mandikan
Berwudhuklah kamu sebelum kamu di wudhukkan
Dan solatlah kamu sebelum kamu di solatkan
Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutup dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih walaupun orang yang hadir itu merintih
Selepas itu kamu akan diletakkan dia atas lantai lalu dilaksanakan solat jenazah dengan empat takbir dan satu salam, berserta fatihah,selawat,dan doa sebagai memenuhi tuntutan fardu kifayah
tapi,apakah empat kali takbir itu dapat menebus segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat jenazah yang tanpa rukuk dan sujud dapat membayar hutang rukuk dan sujud yang telah ditinggalkan?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru aku menyeru sekelian muslimin dan muslimat
Usunglah dirimu ketikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahat ,menjadi makanan cacing dan mamahan ulat
Iringlah dirimu kemasjid
Sebelum dirimu diiringi ke pusara
Tangisilah dosa-dosa mu di dunia,
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa
Sucikan lah dirimu sebelum dirimu disucikan,
sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan Izrail yang menakutkan ,berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal bukan yang pergi
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diisthighfarkan
Ingatlah di mana saja kamu berada kamu tetap memijak bumi tuhan
Dan di bumbungi dengan langit tuhan serta menikmati rezeki tuhan
Justeru, bila dia menyeru,sambutlah seruannya.
Sebelum dia memanggilmu buat kali terakhirnya
Ingatlah kamu dulu hanyalah setitis air yang tidak beerti
lalu menjadi segumpal darah lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu,
tetapi Allah mengangkat mu ke suatu mercu yang lebih agung dari malaikat,
lahirmu bukan untuk dunia tapi gunakan lah ia untuk melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan hayyaalassallah
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan hayyaalalfallah
Jalan kemenangan akhirat dan dunia
Ingatlah yang kekal ialah amal menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan guna kembali ke pangkuan tuhan
Sunday, 28 February 2010
Produk terbaru - BLOUSE NENY
Salam,
Kain-kain untuk pilihan BLOUSE NENY. Kain-kain ini juga boleh digunakan untuk tudung :
Jangan ketinggalan untuk mendapatkan keluaran terbaru kami ini......
Ingin diperkenalkan keluaran terbaru kami BLOUSE NENY. Blouse labuh ini sesuai untuk dipadankan dengan tudung-tudung corak atau plain. BLOUSE NENY diperbuat daripada kain LYCRA VISCOSE yang bermutu tinggi.
DAH HABIS........
Code : BL1
DAH HABIS........
Code : BL1
CODE : BL2
CODE : BL3
CODE : BL 4
CODE : BL 5
CODE : BL 6
Kain-kain untuk pilihan BLOUSE NENY. Kain-kain ini juga boleh digunakan untuk tudung :
C117
C118
C119
C120
C121
C122
Jangan ketinggalan untuk mendapatkan keluaran terbaru kami ini......
TUDUNG NENY - Stok terbaru 28/2/10
Stok yang terbaru dari kami utk tatapan anda. Stok-stok di dalam post terdahulu masih lagi boleh diperolehi. Sila lihat post terdahulu. Semua kain adalah dari jenis LYCRA JERSEY gred 1 atau 2.
OUT OF STOCK....PHOTOS HAVE BEEN REMOVED
OUT OF STOCK....PHOTOS HAVE BEEN REMOVED
C113
C114
C115
P28
P29
C116
P30
P31
C117
Friday, 26 February 2010
SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL
Para ulama kontemporari tidak menolak keharusan menyambut Maulidur Rasul, kerana mungkin itu boleh dianggap sebahagian dari kecintaan kita kepada baginda, dan kita jadikan kecintaan itu juga adalah kecintaan kepada Allah SWT.
Walaupun pada zaman kehidupan baginda sendiri tidak pernah menyambutnya, begitulah pada zaman para sahabat, tabiin dan generasi selepas mereka yang berada pada zaman keemasan Islam.
Mereka berpendapat, bahawa selagi mana sambutan Maulidur Rasul itu boleh menyedarkan manusia dengan pengajaran agama serta menghayati keperibadaan baginda s.a.w., maka selagi itulah ia diterima sebagai salah satu pendekatan yang baik menurut Islam.
Friday, 12 February 2010
VALENTINE DAY.....
Salam,
Bincang-bincang mengenai Valentine Day....
Petikan Surah Al-Baqarah, Ayat 120 yang bermaksud :
Wassalam...
Bincang-bincang mengenai Valentine Day....
Apa itu Valentine day? Pada tahun ini ianya akan disambut bersamaan dengan Chinese New Year. Tahukah anda bahawa Valentine day ini adalah hari memperingati kematian paderi St Valentino yg dihukum pancung oleh Maharaja Rom? Semasa pemerintahan seorang maharaja Rom, beliau tidak membenarkan rakyatnya berkahwin kerana beliau mahukan rakyatnya menjadi tentera. Walaubagaimanapun, St Valentino berdegil dan telah mengahwinkan pemuda pemudi pada masa itu. Ini membuatkan maharaja Rom murka dan mengarahkan St Valentino dipancung. Semenjak itu hari kematian beliau diperingati oleh kaum Kristian sehingga bertukar menjadi hari memperingati kekasih.
Kita sebagai umat Islam harus faham dan amat perlu menjauhi perkara-perkara seperti ini kerana ianya merupakan tradisi orang-orang Kristian. Persoalannya, adakah kita memperingati pasangan kita hanya semasa Valentine day? Kasih sayang itu harus berterusan sepanjang waktu dan bukannya pada hari-hari tertentu sahaja. Adalah lebih sesuai sekiranya sambutan dibuat ketika Hari Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Bapa, Hari Ibu dan sebagainya. Kepada yang telah mempunyai anak remaja, nasihatilah mereka agar tidak terjebak dengan perkara sebegini...
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya). Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.
Wassalam...
Subscribe to:
Posts (Atom)