BUSANA MUSLIMAH NENY TELAH BERADA DI PASARAN SEJAK 2009 LAGI.....KAMI MENAWARKAN KOLEKSI MUSLIMAH YG TERDIRI DARI JUBAH MODEN, BLOUSE LABUH, TUDUNG, TELEKUNG DAN PAKAIAN PENGANTIN.....KESELESAAN, KECANTIKAN, KUALITI ADALAH KEUTAMAAN KAMI.....TAWARAN KINI DIBUKA KPD YG BERMINAT MENJADI PENGEDAR KOLEKSI NENY.....SILA HUBUNGI EMAIL ATAU TELEFON DLM BLOG INI....
HTML Free Code

Sunday 24 June 2012

Koleksi NENY 24/6/2012

Koleksi NENY minggu ini :


JBH174



JBH175



JBH176



JBH177



JBH178



JBH179


 Boleh dapatkan dengan :

1. Datang sendiri ke 'butik' kami di USJ, Subang Jaya. Hubungi 013-3321113 utk temujanji.

2. e-mailkan ke nenybiz@gmail.com atau isikam borang yang disediakan dengan memaklumkan saiz dan kod pakaian yg diminati. Pesanan melalui e-mail akan dikenakan bayaran  pendahuluan sebanyak 20% dari harga pakaian tersebut. 


Website NENY boleh dikunjungi di : www.koleksineny.com.my


Sekian. Wassalam.



Saturday 23 June 2012

Amalan-amalan DiBulan Syaaban

Amalan-amalan yang boleh dilakukan di bulan Syaaban :


1. Memperbanyakkan puasa sunat seperti dijelaskan bahawa Rasulullah SAW gemar berpuasa sunat dalam bulan syaaban. 



2. Banyakkan berdoa, berzikir dan berselawat. 

3. Bertaubat dan beristiqhfar


Sunday 17 June 2012

FESYEN KOLEKSI NENY - 17 JUNE 2012

Assalamu'alaikum,

Salam sejahterra dari Koleksi NENY. Ini adalah fesyen rekaan koleksi NENY utk minggu ini. Jadi jangan terlepas peluang untuk mendapatkannya. Keluaran kami amat terhad. Rekaan fesyen pakaian yang dipaparkan di blog ini hanya merupakan sebahagian dari koleksi yang terdapat di 'Butik' kami.

Kalau nak buat pesanan :

1. Datang sendiri ke  'Butik' kami di USJ, Subang Jaya, Selangor. Lebih mudah untuk memilih apa yang berkenan dihati kerana dibutik kami tersedia pelbagai pilihan kain, rekaan fesyen dan saiz. Buat appointment dulu sebelum datang dgn menghubungi - 013-3321113.

2. Utk yang berada diluar Klang Valley, boleh email ke nenybiz@gmail.com.my atau isikan borang digital yang disediakan didalam blog ini. Nyatakan kod pakaian dan saiznya. Setiap pesanan akan dikenakan pendahuluan 20% dari harga pakaian tersebut.


JBH168



JBH169



JBH170



JBH171



JBH172



JBH173

Terima kasih. Wassalam.

Saturday 16 June 2012

ISRAK MIKRAJ

FIRMAN Allah yang bermaksud: “Maha suci Allah yang menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram (Makkah) ke Masjidil Aqsa (Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Israk, ayat 1)


Bagi umat Islam, peristiwa terbabit membawa misi penting iaitu bermulalah kewajipan melaksanakan perintah menunaikan solat.
Daripada Anas katanya: “Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: “…(Selain dari apa yang aku saksikan semasa aku dibawa Israk dan Mikraj pada malam itu), maka Allah fardukan (atasku) dan atas umatku lima puluh sembahyang… lalu aku memohon kepada-Nya (supaya dikurang kan lagi bilangan sembahyang itu yang telah pun dikurangkan sehingga tinggal lima sahaja); maka Allah berfirman yang bermaksud: ‘Sembahyang fardu (sehari semalam) itu tetap lima (dari segi bilangannya) dan ia juga tetap lima puluh (dari segi pahalanya); keputusan-Ku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti.’” (Hadis riwayat Bukhari)
Kita yang mengaku sebagai seorang Islam sebenarnya sedar tentang kewajipan tersebut. Namun ramai yang kesedarannya hanya sekadar bermain dihujung lidah sahaja. Tidak turun kehati dan dizahirkan dengan perbuatan. Pada zaman ini, tidak jadi satu yang ganjil jika ada yang mengaku Islam tapi meringan-ringankan solat malah ada yang langsung tidak menunaikan solat.  Apa akibatnya ya? Tepuk dada tanyalah iman. 

Sunday 10 June 2012

FESYEN KOLEKSI NENY - 10 JUNE 2012

Assalamu'alaikum,

Kembali dengan gaya terbaru dari koleksi NENY. Kami hanya upload beberapa contoh utk tatapan pengunjung blog dan kawan-kawan :


JBH162



JBH163



JBH164



JBH165



JBH166



JBH167


Kalau berkenan, anda boleh dapatkan dengan :

1. Datang sendiri ke 'butik' kami di USJ, Subang Jaya. Hubungi 013-3321113 utk temujanji.

2. e-mailkan ke nenybiz@gmail.com atau isikam borang yang disediakan dengan memaklumkan saiz dan kod pakaian yg diminati. Pesanan melalui e-mail akan dikenakan bayaran  pendahuluan sebanyak 20% dari harga pakaian tersebut. 


Website NENY boleh dikunjungi di : www.koleksineny.com.my


Sekian. Wassalam.

Tuesday 5 June 2012

UMRAH 2012

Assalamu'alaikum,


Kali ini kami hanya ingin berkongsi sedikit pengalaman mengenai ibadah Umrah. Alhamdulilllah...kami sekeluarga (saya dan suami, 3 anak dan ibu) baru sahaja kembali mengerjakan Umrah. Tak dapat nak digambarkan bagaimana bahagia dan sebaknya kami sekeluarga apabila dapat sama-sama bertawaf dan berdoa dihadapan Kaabah.  Syukur yang teramat sangat kepada Allah swt kerana impian kami untuk mengerjakan Umrah sekeluarga akhirnya dimakbulkan olehNya jua.

Perjalanan kami bermula dengan berihram di KLIA kerana kami akan terus masuk ke Mekah, jadi perlu berniat dalam pesawat setibanuya di Qarnul Manazil. Bertolak pada jam 3.00 ptg dari KLIA. Agak kekok juga anak lelaki bongsu kami yg berusia 10 tahun memakai pakaian ihram dalam pesawat. Maklumlah untuk lelaki,  hanya 2 keping kain putih yg dipakainya...pakaian dalam pun tak ada :)

Setibanya kami di lapangan terbang Jeddah, kami terus dibawa oleh pihak pengendali Umrah kami - Rayhar  travel menaiki bas menuju ke Mekah.. Perjalanan ke Mekah mengambil masa kurang lebih 3 jam.  Setibanya di hotel pada jam 10.30 mlm waktu Malaysia, kami berehat sebentar sebelum ke Masjidil Haram untuk memulakan kerja-kerja Umrah. Ibadah Umrah pertama kami dapat diselesaikan lebih kurang jam 2.30 pagi waktu Malaysia. Walaupun letih, perasaan gembira tak dapat digambarkan kerana telah berjaya melengkapkan rukun Umrah...Alhamdulillah

Kami berada di Mekah selama 8 hari dan di Madinah selama 4 hari. Betapa sayu dan sedihnya kami apabila terpaksa meninggalkan kedua-dua tanah suci tersebut untuk kembali ketanah air. Apa yg kami harapkan...Umrah kali ini bukanlah kali terakhir untuk kami sekeluarga.Semoga diberi kelapangan masa, rezeki dan umur yang panjang oleh Nya agar kami dapat sekali lagi kesana....InsyaAllah.



Suasana jemaah bertawaf diantara waktu  Maghrib dan Isya.


Pencakar langit yg baru dibina bersebelahan Masjidil Haram -  Abraj Al-Bait. Sesuaikah ia dibina berdekatan Masjidil Haram? 


Anak bongsu kami ketika berada di rooftop Masjidil Haram


Perkuburan BAQI' Madinah (bersebelahan Masjid Nabawi) dimana terletaknya persemadian Ahlil Bait (Ummul mukminin - isteri-isteri Rasulullah, anak-anak, bapa saudara dan sepupu Rasulullah s.a.w). Turut bersemadi disini ialah 10,000 para sahabat yang telah berkorban jiwa raga dan harta benda berjuang bersama-sama Rasulullah untuk menegakkan daulah Islamiah dimukabumi ini. Antara sahabat yang disemadikan disini ialah OthmanIbnu Affan, khalifah Islam keempat. 



Perkarangan Masjidil Nabawi dengan payung gergasi yang dibuka ketika cuaca panas.


Jabal Uhud - Bukit kemerah-merahan yang menjadi saksi gugurnya para syuhada ketika peperangan Uhud....Anak bongsu kami ni dah dapat kawan pulak di Uhud....dua-dua nama sama.... Ahmad :)


Wassalam.