Friday 28 June 2013
KAMI MENERIMA VISA DAN MASTER CARD
Jom shopping2 di Butik NENY, selain dari pembelian secara tunai, anda juga boleh membuat pembelian dengan menggunakan kad kredit :
Tuesday 25 June 2013
Sunday 23 June 2013
PENGEDAR/STOKIS KAWASAN IPOH DAN BATU GAJAH, PERAK
Utk kawasan Ipoh dan Batu Gajah, Perak, Koleksi Busana Muslimah Neny boleh diperolehi melalui pengedar/stokis kami ditalian berikut:
1. Suzie (Yong) - 017-5706550 atau
2. Mohd Azua - 019-5102010
Terima kasih.
Saturday 15 June 2013
Busana Muslimah NENY 15 Jun 2013
Assalamualaikum,
Jom ke Busana Muslimah NENY hari ini...
Lawati website NENY di - www.koleksineny.com.my
atau
Facebook :
Saturday 8 June 2013
KAYA DAN BAHAGIAKAH KITA ?
Apabila diperkatakan mengenai kebahagiaan, sudah pasti
semua mengimpikannya. Bahagia tidak
hanya dimiliki dengan kekayaan semata-mata. Ada kalanya yang kaya runsing dengan kekayaannya ditambah pula dengan keintiman hubungan cinta suami
isteri dan keluarga yang telah tiada. Kebahagiaan
itu dapat diraih dan dinikmati jika kita meletakkan keredaan Allah dalam kehidupan kita.
Sentiasa bersyukur denganNya, bersikap qana'ah atau sentiasa berasa cukup
serta berpuas hati dengan apa yang ada. Allah
berfirman yang bermaksud: "(Iaitu) orang yang beriman dan hati mereka
menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi
tenteram." (Surah ar-Ra'd, ayat 28) .
Sabda Baginda SAW yang bermaksud: "Kaya itu bukanlah diukur dengan
banyaknya harta benda, akan tetapi kaya yang sebenarnya adalah kaya hati."
(Hadis riwayat al-Bukhari). Orang yang
kaya hatinya, sentiasa redho dan
berasa puas di atas usahanya. Tidak memiliki rasa tamak untuk mengejar sesuatu
dengan berlebih-lebihan tanpa keperluan, tidak rakus mengejar dunia sehingga sanggup meninggalkan perkara-perkara fardhu, ‘menikam’
orang lain, rasuah, pecah amanah, penipuan serta tidak pula meminta-minta. Selain itu, tidak dapat dinafikan
bahawa kehidupan yang bahagia merujuk kepada kehidupan berkeluarga. Dalam sesebuah keluarga, suami dan isteri sentiasa berkasih sayang, tolong-menolong dan
saling memahami dalam setiap hal ehwal urusan kehidupan Dalam
persoalan ini, suami selaku ketua keluarga bertanggungjawab mengemudi keluarga dibinanya menuju kebahagiaan serta berusaha
membimbing ahlinya kepada perkara dicintai Allah. Sebenar-benar kebahagiaan itu adalah
kebahagiaan yang dibina di atas keredaan Allah, sekali gus menjamin kehidupan
bahagia yang berkekalan sehingga ke akhirat.
Firman Allah yang bermaksud:
"Orang yang beriman dan beramal salih, bagi mereka kebahagiaan dan tempat
kembali yang baik." (Surah ar-Ra'd, ayat 29)
Friday 7 June 2013
Thursday 6 June 2013
PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ
Assalamualaikum,
Israk yakni perjalanan Nabi SAW menaiki Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.
Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh.
Apakah pengajaran yang boleh kita perolehi dari peristiwa ini? Adakah hanya dengan mengikuti ceramah di surau2 atau masjid setiap tahun mencukupi? Atau perlukah kita menilai diri kita dan memperbaiki ke arah yg lebih diredhoi oleh Allah swt.
Fikir2kan lah....
Wassalam.
Israk yakni perjalanan Nabi SAW menaiki Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.
Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh.
Apakah pengajaran yang boleh kita perolehi dari peristiwa ini? Adakah hanya dengan mengikuti ceramah di surau2 atau masjid setiap tahun mencukupi? Atau perlukah kita menilai diri kita dan memperbaiki ke arah yg lebih diredhoi oleh Allah swt.
Fikir2kan lah....
Wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)