BUSANA MUSLIMAH NENY TELAH BERADA DI PASARAN SEJAK 2009 LAGI.....KAMI MENAWARKAN KOLEKSI MUSLIMAH YG TERDIRI DARI JUBAH MODEN, BLOUSE LABUH, TUDUNG, TELEKUNG DAN PAKAIAN PENGANTIN.....KESELESAAN, KECANTIKAN, KUALITI ADALAH KEUTAMAAN KAMI.....TAWARAN KINI DIBUKA KPD YG BERMINAT MENJADI PENGEDAR KOLEKSI NENY.....SILA HUBUNGI EMAIL ATAU TELEFON DLM BLOG INI....
HTML Free Code

Saturday 8 June 2013

KAYA DAN BAHAGIAKAH KITA ?

Apabila  diperkatakan mengenai kebahagiaan, sudah pasti semua mengimpikannya.   Bahagia tidak hanya dimiliki dengan kekayaan semata-mata.  Ada kalanya yang  kaya runsing dengan kekayaannya ditambah pula dengan keintiman hubungan cinta suami isteri  dan keluarga yang telah tiada. Kebahagiaan itu dapat diraih dan dinikmati jika kita  meletakkan keredaan Allah dalam kehidupan kita. Sentiasa bersyukur   denganNya,  bersikap qana'ah atau sentiasa berasa cukup serta berpuas hati dengan apa yang ada. Allah berfirman yang bermaksud: "(Iaitu) orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah,  hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Surah ar-Ra'd, ayat 28) .
Sabda Baginda SAW yang bermaksud: "Kaya itu bukanlah diukur dengan banyaknya harta benda, akan tetapi kaya yang sebenarnya adalah kaya hati." (Hadis riwayat al-Bukhari). Orang yang kaya  hatinya,  sentiasa  redho  dan berasa puas di atas usahanya. Tidak memiliki rasa tamak untuk mengejar sesuatu dengan berlebih-lebihan tanpa keperluan, tidak  rakus mengejar dunia sehingga  sanggup meninggalkan perkara-perkara fardhu, ‘menikam’ orang lain, rasuah, pecah amanah, penipuan serta tidak pula meminta-minta.  Selain itu, tidak dapat dinafikan bahawa kehidupan yang bahagia merujuk kepada kehidupan berkeluarga.  Dalam  sesebuah keluarga, suami dan isteri  sentiasa berkasih sayang, tolong-menolong dan saling memahami dalam setiap hal ehwal urusan kehidupan   Dalam persoalan ini, suami selaku ketua keluarga bertanggungjawab mengemudi keluarga  dibinanya menuju kebahagiaan serta berusaha membimbing ahlinya kepada perkara dicintai Allah. Sebenar-benar kebahagiaan itu adalah kebahagiaan yang dibina di atas keredaan Allah, sekali gus menjamin kehidupan bahagia yang berkekalan sehingga ke akhirat. 
Firman Allah yang bermaksud: "Orang yang beriman dan beramal salih, bagi mereka kebahagiaan dan tempat kembali yang baik." (Surah ar-Ra'd, ayat 29)