BUSANA MUSLIMAH NENY TELAH BERADA DI PASARAN SEJAK 2009 LAGI.....KAMI MENAWARKAN KOLEKSI MUSLIMAH YG TERDIRI DARI JUBAH MODEN, BLOUSE LABUH, TUDUNG, TELEKUNG DAN PAKAIAN PENGANTIN.....KESELESAAN, KECANTIKAN, KUALITI ADALAH KEUTAMAAN KAMI.....TAWARAN KINI DIBUKA KPD YG BERMINAT MENJADI PENGEDAR KOLEKSI NENY.....SILA HUBUNGI EMAIL ATAU TELEFON DLM BLOG INI....
HTML Free Code

Saturday 23 July 2011

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN

Assalamu'alaikum,

Tak lama lagi kita dah nak mula berpuasa. Dikesempatan ini NENY ingin mengucapkan Selamat Mengerjakan Ibadah Puasa kepada pelanggan-pelanggan produk NENY, wakil-wakil jualan serta pengunjung laman blog ini. Semoga kita diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik bagi memudahkan kita melaksanakan ibadah ini dengan sempurna dan doakan agar ibadah kita di terima Nya.

Disamping sibuk dengan biznes tu...jangan pula leka dan lupa utk 'saham akhirat' yang cukup terbuka luas dibulan Ramadhan nanti. Dunia kita cari... akhirat lebih-lebih lagi jangan kita lupai...:)

Tempahan tudung dan jubah pun dah ditutup....jadi kalau masih ada yg baru pasang niat nak tempah maaf  lah ye ...Kalau nak tempah juga boleh tapi siapnya lepas raya lah..Kalau niat-niat nak bergaya masa Hari Raya pertama kat kampong tu tak boleh lah....tapi utk bergaya masa open house kawan-kawan tu InsyaAllah boleh la...

Kepada yang telah tempah tu InsyaAllah semua akan siap sebelum Hari Raya.


Wassalam.

Wednesday 6 July 2011

WAKIL JUALAN UTK HARI RAYA 2011

Assalamu'alaikum,

Tawaran sebagai wakil jualan produk NENY utk jualan Hari Raya telah ditutup. Terima kasih kepada semua yang telah menghubungi kami tempoh hari.

Dimaklumkan sekali lagi, tarikh akhir tempahan untuk jubah, blouse dan tudung NENY untuk Hari Raya Aidil Fitri pada tahun ini adalah seperti berikut :


1. Tempahan dari pelanggan - 10 hb Julai 2011

2. Pesanan dari wakil jualan - Hari pertama bermulanya puasa Ramadhan.

 Kepada wakil-wakil jualan yang baru diucapkan selamat berniaga. :)

Wassalam.