BUSANA MUSLIMAH NENY TELAH BERADA DI PASARAN SEJAK 2009 LAGI.....KAMI MENAWARKAN KOLEKSI MUSLIMAH YG TERDIRI DARI JUBAH MODEN, BLOUSE LABUH, TUDUNG, TELEKUNG DAN PAKAIAN PENGANTIN.....KESELESAAN, KECANTIKAN, KUALITI ADALAH KEUTAMAAN KAMI.....TAWARAN KINI DIBUKA KPD YG BERMINAT MENJADI PENGEDAR KOLEKSI NENY.....SILA HUBUNGI EMAIL ATAU TELEFON DLM BLOG INI....
HTML Free Code

Friday 23 July 2010

BULAN SYAABAN

PERISTIWA-PERISTIWA DI BULAN SYAABAN:

1. Menurut Imam Nawawi, hari Nisfu Syaaban pada 15 haribulan tahun kedua Hijrah telah berlaku pertukaran kiblat umat Islam. Iaitu dari Masjid al-Aqsa ke Kaabah di Masjid al-Haram.

2. Berlaku peperangan Bani Mustalik pada tahun kelima Hijrah. Kemenangan berpihak kepada Islam.

3. Berlaku peperangan Badar yang terakhir pada tahun keempat Hijrah.


ANTARA AMALAN DI BULAN SYAABAN:

1. Memperbanyakkan Puasa Sunat

Saidatina Aisyah RAnha berkata yang bermaksud:
"Aku tidak pernah melihat Rasulullah S.A.W. menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda memperbanyakkan berpuasa sepertimana pada bulan Syaaban." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

2. Memperbanyakkan Berzikir dan Berdoa

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
"Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah."(Riwayat al-Baihaqi).

3. Bertaubat dan Beristighfar

Firman Allah Taala bermaksud:
"Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya."
(Surah an-Nur: Ayat 31).