BUSANA MUSLIMAH NENY TELAH BERADA DI PASARAN SEJAK 2009 LAGI.....KAMI MENAWARKAN KOLEKSI MUSLIMAH YG TERDIRI DARI JUBAH MODEN, BLOUSE LABUH, TUDUNG, TELEKUNG DAN PAKAIAN PENGANTIN.....KESELESAAN, KECANTIKAN, KUALITI ADALAH KEUTAMAAN KAMI.....TAWARAN KINI DIBUKA KPD YG BERMINAT MENJADI PENGEDAR KOLEKSI NENY.....SILA HUBUNGI EMAIL ATAU TELEFON DLM BLOG INI....
HTML Free Code

Friday 12 February 2010

VALENTINE DAY.....

Salam,

Bincang-bincang mengenai Valentine Day....

Apa itu Valentine day? Pada tahun ini ianya akan disambut bersamaan dengan Chinese New Year.  Tahukah anda bahawa Valentine day ini adalah hari memperingati kematian paderi St Valentino yg dihukum pancung oleh Maharaja Rom? Semasa pemerintahan seorang maharaja Rom, beliau tidak membenarkan rakyatnya berkahwin kerana beliau mahukan rakyatnya menjadi tentera. Walaubagaimanapun, St Valentino berdegil dan telah mengahwinkan pemuda pemudi pada masa itu. Ini  membuatkan maharaja Rom murka dan mengarahkan  St Valentino dipancung. Semenjak itu hari kematian beliau diperingati oleh kaum Kristian sehingga bertukar menjadi hari memperingati kekasih.

Kita sebagai umat Islam harus faham dan amat perlu menjauhi perkara-perkara seperti ini kerana ianya merupakan tradisi orang-orang Kristian. Persoalannya, adakah kita memperingati pasangan kita hanya semasa Valentine day? Kasih sayang itu harus berterusan sepanjang waktu dan bukannya pada hari-hari tertentu sahaja. Adalah lebih sesuai sekiranya sambutan dibuat ketika Hari Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Bapa, Hari Ibu dan sebagainya.  Kepada yang telah mempunyai anak remaja, nasihatilah mereka agar tidak terjebak dengan perkara sebegini...

Petikan Surah Al-Baqarah, Ayat 120  yang bermaksud :

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya). Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. 

Wassalam...