BUSANA MUSLIMAH NENY TELAH BERADA DI PASARAN SEJAK 2009 LAGI.....KAMI MENAWARKAN KOLEKSI MUSLIMAH YG TERDIRI DARI JUBAH MODEN, BLOUSE LABUH, TUDUNG, TELEKUNG DAN PAKAIAN PENGANTIN.....KESELESAAN, KECANTIKAN, KUALITI ADALAH KEUTAMAAN KAMI.....TAWARAN KINI DIBUKA KPD YG BERMINAT MENJADI PENGEDAR KOLEKSI NENY.....SILA HUBUNGI EMAIL ATAU TELEFON DLM BLOG INI....
HTML Free Code

Saturday, 30 October 2010

STOK TERKINI KAIN UTK JUBAH, BLOUSE DAN TUDUNG

Ini sebahagian stok yang baru kami terima hari ini. Ada yang berkenan tak?

STOK SUDAH HABIS



Contoh Jubah Dan Blouse NENY.


JBH05



BLOUSE03



JBH06


BLOUSE04

Saturday, 23 October 2010

TUDUNG DOUBLE LAYER - TUDUNG ROZITA CHE WAN

Just nak tunjukkan contoh tudung double layer keluaran kami yang terkenal dengan nama tudung Rozita Che Wan. Kain sebelah dalam (Inner) adalah kain Lycra manakala sebelah luar (outer) dari jenis kain ciffon yang berkualiti. Tudung dibawah bersaiz M. Beza tudung kami dengan yang ada dipasaran, sebagai contoh saiz M dibawah lebih labuh dari saiz M dalam pasaran. Pasti berada dibawah paras dada.

Gambar-gambar dibawah mungkin tak nampak kemas sangat sebab baru siap jahit dah tak sabar nak masuk blog. Model pun tak sempat nak pakai lagi....

  JUALAN PENGHABISAN STOK YG BERMULA PADA SEPTEMBER LALU TELAH PUN BERAKHIR.












OPEN OUR EYES, OUR HEARTS AND MINDS :




KEPADA SEMUA PELANGGAN DAN PENGUNJUNG BLOG INI YG AKAN MENUNAIKAN HAJI PADA TAHUN INI KAMI UCAPKAN :

SELAMAT BERANGKAT KE TANAH SUCI. SEMOGA MENDAPAT HAJI YG MABRUR.

Tuesday, 12 October 2010

Tarikh Keramat 10.10.10

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
“ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir "
- Ar-Rum : Ayat 21


Tahniah utk Cik Shida dan En Amir atas majlis pernikahan yang berlangsung pada 10.10.10 tarikh yg menjadi pilihan kebanyakan mempelai pada tahun ini. Semoga Allah memberkati mereka berdua.

--- The Photos Have Been Removed ---





Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia.

Saturday, 2 October 2010

CONTOH JUBAH DAN BLOUSE NENY

Salam,

Kami juga menawarkan jubah dan blouse labuh untuk dipadankan dengan tudung-tudung keluaran kami. Beberapa contoh jubah dan blouse labuh dipaparkan di dalam post ini.


JBH01


JBH02


JBH03


JBH04


BLOUSE01



BLOUSE02

Kedua-dua blouse labuh diatas kami padankan bersama seluar muslimah. Walau bagaimanapun, seluar muslimah tersebut tidak dipaparkan di dalam post ini.

Jadi macam biasa....kalau ada yang teringin samada nak jadi Pengedar atau nak membeli jubah dan blouse-blouse tersebut hubungi kami di nenybiz@gmail.com atau di 013-3321113. Anda juga boleh menghubungi wakil-wakil Pengedar seperti yag disenarikan dalam blog ini.

JUALAN PENGHABISAN STOK TUDUNG MASIH LAGI BERLANGSUNG !!! Siapa Cepat Dia Dapat....


Wassalam



Friday, 24 September 2010

JUALAN PENGHABISAN STOK

Salam utk semua,

Glitter Text Maker
Glitter Text Maker

Kami sedang menawarkan jualan penghabisan stok bagi tudung-tudung terpilih mulai 20hb September yang lalu sehingga stok habis.

Jangan lepaskan peluang ini, diskaun antara 10% ke 25% kami tawarkan untuk tudung-tudung kami.

Tawaran ini hanya kami tawarkan di USJ, Subang Jaya sahaja....Siapa cepat dia dapat.

Friday, 17 September 2010

Selamat Pulang Dari Kampung

Salam,

Diharapkan semua dah kembali kerumah masing-masing setelah berhari raya di kampung bergaya dengan tudung, blouse dan jubah NENY. Kalau puas hati kempen-kempenlah pada kawan-kawan ..tapi kalau ada yang tak puas hati tu bagi tau kami, kami akan perbaiki segala apa yg kekurangan. Tapi harap-harap tak ade yg tak puas hati.

Dalam post ini kami senaraikan corak-corak kain lepas Raya. Memang amat sesuai utk digayakan ke 'rumah terbuka'. Ada yang corak 'hands spray'.


 DELETED - STOK SUDAH HABIS

Tuesday, 14 September 2010

:)

Salam,

Apa khabar? Diharap semuanya sihat dan ceria di samping keluarga tersayang sambil menikmati juadah Hari Raya. Tapi makan tu berpada-pada, dah kurang sikit berat badan pada bulan Ramadhan tak kan pulak lepas tak sampai 1 minggu dah pecah rekod pulak...naik beberapa kilo. Badan mau jaga juge ye...

Mungkin ramai lagi di antara kita yang masih dikampung. Kalau nak balik nanti hati-hati dijalanraya. Pandu cermat jiwa selamat.

Blog ini agak kurang aktif semasa bulan Ramadhan yang lalu. InsyaAllah akan kembali aktif lepas minggu Raya ni. Jadi tunggu....

Wassalam.

Tuesday, 31 August 2010

RAMADHAN - 10 hari terakhir

Salam untuk semua pengunjung blog tudung NENY,

Kini kita semakin hampir kepenghujung Ramadhan. Hanya tinggal 9 hari lagi sebelum kita meninggalkan bulan yang penuh rahmat ini. Diantara malam-malam terakhir ini akan adanya malam lailatul qadar.

Malam lailatul qadar terjadi pada bulan Ramadhan, sekali dalam setahun. Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda yang bermaksud :

”Carilah lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan, jika ada diantara kalian lemah, maka jangan sampai luput dari tujuh malam yang terakhir.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Saturday, 21 August 2010

RAMADHAN - Fasa Kedua

Salam,

10 hari pertama telah berlalu. Kini kita telah memasuki fasa kedua Ramadhan iaitu fasa maghfirah (pengampunan). Semoga kita dapat teruskan dengan usaha-usaha kita untuk beramal sebanyak mungkin dibulan ini. Doakan dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik untuk terus menghayati Ramadhan hingga ke penghujungnya.

Adakah Ramadhan ini merupakan Ramadhan terakhir buat kita? Hanya Allah sahajalah yang Maha mengetahui....

Bulan Ramadhan ini kami tak senaraikan corak-corak stok kain terbaru kami dlm blog ini.  Lepas Raya nanti akan disenaraikan semula.  

Wassalam.


INSHAALLAH

Monday, 9 August 2010

SELAMAT MENGERJAKAN IBADAH PUASA

Sabda Nabi (s.a.w) -  Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :

a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah

b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.

c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.

d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.

e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)

Selamat Mengerjakan Ibadah Puasa. Doakan agar kita dapat menyempurnakan ibadah ini  lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

Saturday, 31 July 2010

Pengumuman 31hb Julai 2010

Salam,

- Seperti yang dimaklumkan di dalam blog ini sejak beberapa minggu lepas, tempahan borong oleh bukan Pengedar ditutup mulai 1hb Ogos 2010. Ini bagi membolehkan kami memenuhi tempahan untuk pengedar-pengedar kami  sebelum Aidil Fitri. Terima kasih kepada semua yang telah membeli secara borong dari kami walaupun tidak menjadi pengedar. Kami berharap dapat berurusan lagi dengan anda pada masa depan. InsyaAllah tempahan borong untuk bukan Pengedar akan kami buka semula selepas Aidil Fitri ini.

- Kepada semua Pengedar, kerjasama amat diharapkan agar segala tempahan-tempahan dapat dimaklumkan kepada kami sebelum bermulanya bulan Ramadan. Ini bagi menjamin tidak timbul sebarang kelewatan.

- Untuk yang masih berminat untuk menjadi Pengedar bolehlah menghubungi kami kerana tawaran sebagai Pengedar masih lagi terus dibuka.

Berikut disenaraikan kain-kain corak untuk minggu ini:

---- STOK SUDAH HABIS -----


Wassalam.

Sunday, 25 July 2010

CORAK-CORAK KAIN - 26/7/2010

Salam,

Berikut adalah corak-corak kain untuk minggu ini. Kebanyakan kain-kain ini adalah berbatu. Ada beberapa corak yang telah habis tempahan pada beberapa post yang lalu telah pun kami order stok baru. Jadi pada yang berminat dengan corak-corak tersebut,  tapi masih belum dapat order bolehlah merujuk senarai dibawah.

Untuk senarai yang dipost  pada 28 Jun, sebahagian dari corak kain tersebut  masih lagi ada dalam simpanan stok kami. Pesanan/tempahan masih lagi boleh dibuat.

Kami juga mempunyai stok untuk kain-kain tidak bercorak (plain).  Kain tanpa corak tidak senaraikan disini. Kalau nak order hanya maklumkan kepada kami warnanya sahaja.



 CONTOH CORAK KAIN TELAH KEHABISAN STOK

Friday, 23 July 2010

BULAN SYAABAN

PERISTIWA-PERISTIWA DI BULAN SYAABAN:

1. Menurut Imam Nawawi, hari Nisfu Syaaban pada 15 haribulan tahun kedua Hijrah telah berlaku pertukaran kiblat umat Islam. Iaitu dari Masjid al-Aqsa ke Kaabah di Masjid al-Haram.

2. Berlaku peperangan Bani Mustalik pada tahun kelima Hijrah. Kemenangan berpihak kepada Islam.

3. Berlaku peperangan Badar yang terakhir pada tahun keempat Hijrah.


ANTARA AMALAN DI BULAN SYAABAN:

1. Memperbanyakkan Puasa Sunat

Saidatina Aisyah RAnha berkata yang bermaksud:
"Aku tidak pernah melihat Rasulullah S.A.W. menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda memperbanyakkan berpuasa sepertimana pada bulan Syaaban." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

2. Memperbanyakkan Berzikir dan Berdoa

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
"Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah."(Riwayat al-Baihaqi).

3. Bertaubat dan Beristighfar

Firman Allah Taala bermaksud:
"Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya."
(Surah an-Nur: Ayat 31).

Wednesday, 14 July 2010

Lantikan Pengedar Kajang Dan Bangi

Tahniah diucapkan kepada Cik Nor Fazila di atas lantikan sebagai wakil Pengedar produk NENY di kawasan Kajang dan Bangi. Selamat Maju Jaya...

Tel : 017-6157806

Saturday, 3 July 2010

Pengumuman

Salam,

1. Tempahan Borong Oleh Pemborong Yg Bukan Pengedar Produk NENY akan ditutup mulai 1hb Ogos 2010. Ini bagi membolehkan stok tempahan semua Pengedar-pengedar kami untuk Hari Raya ini dapat dipenuhi. Walaubagaimanapun, permohonan sebagai wakil Pengedar akan terus dibuka kepada individu/syarikat yang berminat.

2. Lantikan Pengedar Terbaru kami : YM Raja Sharina, Kuala Terengganu, Tel : 012-9085135...Tahniah

Terima Kasih

Monday, 28 June 2010

NEW ITALIAN DESIGN - 28 June 2010

Disenaraikan pelbagai kain bercorak italian design dari NENY Enterprise. Kain-kain ini adalah dari jenis kain Lycra yang bermutu tinggi. Sebahagiannya adalah berbatu. Amat sesuai dijadikan tudung scallop, syria, CT ataupun tudung biasa . Hubungi kami segera sekiranya berminat, kain-kain sebegini sememangnya diminati ramai. Utk melihat kain ini dengan lebih jelas terutamanya nak tahu ianya berbatu atau tidak,sila click pada gambar yang dipilih.

STOK INI SUDAH HABIS
Hubungi kami di nenybiz@gmail.com









Saturday, 1 May 2010

SELAMAT HARI PEKERJA

Salam,

NENY Enterprise mengucapkan SELAMAT HARI PEKERJA untuk semua pelanggan-pelanggan kami dan wakil-wakil pengedar diseluruh negara. Ingatlah bahawa bekerja itu adalah satu ibadah.

Terima kasih diatas sokongan anda semua selama ini.

Sunday, 28 March 2010

Contoh-contoh kain corak - 28/3/2010

Salam,

Disenaraikan contoh kain yg baru kami perolehi hari ini. Sesuai untuk dijadikan tudung ataupun blouse muslimah.  Sebahagiannya bercorak dan berbatu.


PHOTO TELAH DI DELETE.....TIADA STOK LAGI...

C123



C124




C125



C126




C127



C128



C129



C130



C131



C132











Sunday, 21 March 2010

ABAYA - New Arrival....from Dubai and Jordan

Jangan ketinggalan untuk mendapatkan ABAYA yang diimport terus dari Dubai dan Jordan.....hubungi kami atau wakil-wakil kami....
CODE : ABY01




CODE : ABY02




CODE : ABY03




CODE:ABY04
  



CODE: ABY05



CODE : ABY06





Saturday, 20 March 2010

SANTAPAN ROHANI.....Untuk Renungan Kita...

Bersihkan lah diri mu sebelum kamu di mandikan
Berwudhuklah kamu sebelum kamu di wudhukkan
Dan solatlah kamu sebelum kamu di solatkan


Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutup dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih walaupun orang yang hadir itu merintih


Selepas itu kamu akan diletakkan dia atas lantai lalu dilaksanakan solat jenazah dengan empat takbir dan satu salam, berserta fatihah,selawat,dan doa sebagai memenuhi tuntutan fardu kifayah
tapi,apakah empat kali takbir itu dapat menebus segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat jenazah yang tanpa rukuk dan sujud dapat membayar hutang rukuk dan sujud yang telah ditinggalkan?


Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru aku menyeru sekelian muslimin dan muslimat
Usunglah dirimu ketikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahat ,menjadi makanan cacing dan mamahan ulat
Iringlah dirimu kemasjid
Sebelum dirimu diiringi ke pusara


Tangisilah dosa-dosa mu di dunia,
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa
Sucikan lah dirimu sebelum dirimu disucikan,
sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan


Dengan panggilan Izrail yang menakutkan ,berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal bukan yang pergi


Beristighfarlah kamu sebelum kamu diisthighfarkan
Ingatlah di mana saja kamu berada kamu tetap memijak bumi tuhan
Dan di bumbungi dengan langit tuhan serta menikmati rezeki tuhan
Justeru, bila dia menyeru,sambutlah seruannya.


Sebelum dia memanggilmu buat kali terakhirnya
Ingatlah kamu dulu hanyalah setitis air yang tidak beerti
lalu menjadi segumpal darah lalu menjadi seketul daging


Lalu daging itu membaluti tulang lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu,
tetapi Allah mengangkat mu ke suatu mercu yang lebih agung dari malaikat,
lahirmu bukan untuk dunia tapi gunakan lah ia untuk melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan hayyaalassallah


Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan hayyaalalfallah


Jalan kemenangan akhirat dan dunia
Ingatlah yang kekal ialah amal menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan guna kembali ke pangkuan tuhan