BUSANA MUSLIMAH NENY TELAH BERADA DI PASARAN SEJAK 2009 LAGI.....KAMI MENAWARKAN KOLEKSI MUSLIMAH YG TERDIRI DARI JUBAH MODEN, BLOUSE LABUH, TUDUNG, TELEKUNG DAN PAKAIAN PENGANTIN.....KESELESAAN, KECANTIKAN, KUALITI ADALAH KEUTAMAAN KAMI.....TAWARAN KINI DIBUKA KPD YG BERMINAT MENJADI PENGEDAR KOLEKSI NENY.....SILA HUBUNGI EMAIL ATAU TELEFON DLM BLOG INI....
HTML Free Code

Sunday, 9 October 2011

EKSKLUSIF DARI NENY - 9/10/11

Assalamu'alaikum,

Disertakan beberapa contoh pakaian muslimah eksklusif dari Koleksi NENY untuk bulan ini. Pakaian ini ada diantaranya dipadankan dengan seluar palazzo. Beberapa pakaian muslimah ini juga bersesuaian utk wanita-wanita yang akan berangkat ke tanah suci dan juga sesuai untuk yang telah bergelar Hajjah. Tudung-tudung rekaan kami adalah dibawah paras dada menepati ciri-ciri pakaian muslimah. Yang pasti...keselesaan, kecantikan dan kualiti adalah keutamaan kami.


BLOUSE 45



JBH87



JBH88
Dipadankan Dengan Seluar Palazzo



JBH89
Jubah,tudung dan seluar palazzo - satu set



JBH90



JBH91



JBH92



JBH93



JBH94



JBH95



BLOUSE46



BLOUSE47


JBH96



JBH97



JBH98



JBH99


Kepada yang berminat, untuk keterangan lanjut sila hubungi 013-3321113.

Wassalam.

Terima kasih.

Sunday, 2 October 2011

Glitter Text Maker

Sedang berlangsung sehingga stok habis....!!!
Hubungi 013-3321113 segera
Sape Cepat Dia Dapat...Harga Runtuh...

Jubah / Blouse 02-October-2011

Assalamu'alaikum,

Jubah berbatu dan blouse utk tatapan pengunjung blog NENY dan pelanggan kami yang dihormati.

JBH85






JBH86






BLOUSE44

Sunday, 25 September 2011

Terbaru Utk September 2011

Assalamu'alaikum,

Disamping jualan penghabisan stok yg sedang diadakan, berikut adalah jubah dan blouse terbaru utk September ini. Yg ini tak termasuk dalam jualan penghabisan stok ye. Maknenye harga normal lah tu. Jadi masa memilih jubah dan tudung yg tersenarai dalam jualan penghabisan stok , boleh juga pilih-pilih jubah-jubah dan blouse terbaru ni.  Boleh juge padankan dengan tudung-tudung NENY, ada yg curly, tudung berawning, tak berawning, tudung siti dan macam-macam lagi....cakap aje nak yg mana...:)


JBH78




JBH79




Sebahagian dari jubah kain bawahnya berjahitan curly. Sesuai dipadankan dengan seluar.




BLOUSE43




JBH80




JBH81




JBH82




JBH83




JBH84


Sunday, 18 September 2011

Jubah Eksklusif NENY

Assalamu'alaikum,

Just nak share dalam blog ni. Jubah NENY yg terbaru ni BERMANIK. Sesiapa yg memakainya pasti nampak anggun kan? Apa lagi...kalau ada yg minat tu cepat-cepat call NENY.

Contoh Jubah 1 (JBH76)





Manik Pada Lengan Tangan



Contoh Jubah 2 (JBH77)






Wassalam.

Friday, 16 September 2011

JUBAH LEPAS RAYA

Asalamu'alaikum,

Rasanya suasana rumah terbuka masih lagi terasa hingga akhir Syawal ini. Rumah terbuka kita raikan tapi jangan lupa puasa 6 hari Syawal ye...

Sambil-sambil tu kita lihat contoh 2 jenis jubah yg NENY baru siapkan. Satu jubah leopard dan satu lagi jubah ala Mekah/Dubai. Jubah ala Mekah/Dubai ini adalah buatan tempatan bukannya dibawa dari Timur Tengah.

JBH64



JBH65


JBH66


JBH67


JBH68


JBH69


JBH70


JBH71


JBH72






Wassalam.

Saturday, 27 August 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Maaf Zahir Dan Batin


Dari NENY

Wednesday, 17 August 2011

Renungan Ramadhan

Assalamu'alaikum,

Sedar atau tidak, kita telah sampai kepertengahan Ramadhan. Hari ini di Selangor merupakan hari cuti umum Nuzul Quran. Apa perasaan kita dan bagaimana perjalanan Ramadhan kita pada kali ini? Adakah lebih baik dari tahun-tahun yang lepas atau semakin merudum prestasinya?
 
Jangan kita lupa, ganjaran pahala yang sebegitu besar di bulan Ramadhan yang tak sepatutnya peluang ini kita lepaskan begitu saja.Satu amalan sunat di bulan yang mulia ini di bayar dengan kiraan satu amalan wajib. Manakala satu amalan wajib akan dibayar dengan 70 kali ganda. MasyaAllah...begitulah Maha Pemurahnya Allah kepada para hambanya. Sama-samalah kita berusaha kerana mungkinkah ini Ramadan terakhir buat kita?


Ingatlah...Kematian adalah satu kepastian. Sehebat manapun kita, setinggi manapun pangkat kita, sebanyak manapun harta kekayaan kita, sebaik mana pun kesihatan kita...YANG PASTI kematian tetap akan menjemput kita. Mungkin sebentar lagi, mungkin esok ,mungkin lusa, mungkin minggu depan, bulan depan, tahun depan.....Segalanya berserah kepadaNYA dan yang perlu bagi kita adalah bersedia menghadapi saat itu. Cuba kita renungkan dan bermuhasabah tentang dosa dan pahala yg telah kita lakukan selama ini. Jangan sampai SESALAN mengiringi kita ke sana.

Semarakkan Ramadhan dengan : solat tarawih, iktikaf, qiamullail, bersedekah, amalam-amalan terpuji. Semoga Ramadhan kali ini kita tidak rugi lagi....

Saturday, 23 July 2011

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN

Assalamu'alaikum,

Tak lama lagi kita dah nak mula berpuasa. Dikesempatan ini NENY ingin mengucapkan Selamat Mengerjakan Ibadah Puasa kepada pelanggan-pelanggan produk NENY, wakil-wakil jualan serta pengunjung laman blog ini. Semoga kita diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik bagi memudahkan kita melaksanakan ibadah ini dengan sempurna dan doakan agar ibadah kita di terima Nya.

Disamping sibuk dengan biznes tu...jangan pula leka dan lupa utk 'saham akhirat' yang cukup terbuka luas dibulan Ramadhan nanti. Dunia kita cari... akhirat lebih-lebih lagi jangan kita lupai...:)

Tempahan tudung dan jubah pun dah ditutup....jadi kalau masih ada yg baru pasang niat nak tempah maaf  lah ye ...Kalau nak tempah juga boleh tapi siapnya lepas raya lah..Kalau niat-niat nak bergaya masa Hari Raya pertama kat kampong tu tak boleh lah....tapi utk bergaya masa open house kawan-kawan tu InsyaAllah boleh la...

Kepada yang telah tempah tu InsyaAllah semua akan siap sebelum Hari Raya.


Wassalam.

Wednesday, 6 July 2011

WAKIL JUALAN UTK HARI RAYA 2011

Assalamu'alaikum,

Tawaran sebagai wakil jualan produk NENY utk jualan Hari Raya telah ditutup. Terima kasih kepada semua yang telah menghubungi kami tempoh hari.

Dimaklumkan sekali lagi, tarikh akhir tempahan untuk jubah, blouse dan tudung NENY untuk Hari Raya Aidil Fitri pada tahun ini adalah seperti berikut :


1. Tempahan dari pelanggan - 10 hb Julai 2011

2. Pesanan dari wakil jualan - Hari pertama bermulanya puasa Ramadhan.

 Kepada wakil-wakil jualan yang baru diucapkan selamat berniaga. :)

Wassalam.

Tuesday, 7 June 2011

PENGUMUMAN MENGENAI TEMPAHAN HARI RAYA AIDIL FITRI

Assalamu'alaikum,

Tarikh akhir tempahan untuk  jubah, blouse dan tudung NENY untuk Hari Raya Aidil Fitri pada tahun ini adalah seperti berikut :

1. Tempahan dari pelanggan - 10 hb Julai 2011
2. Pesanan dari wakil jualan - Hari pertama bermulanya puasa Ramadhan.

Diharap pelanggan-pelanggan serta wakil-wakil jualan kami dapat mengambil perhatian sewajarnya.

Wassalam.

Sunday, 8 May 2011

KAIN JEANS UTK JUBAH DAN TUDUNG

Salam utk semua,

Atas permintaan ramai, stok kain jeans terbaru telah pun sampai. Kalau nak tempah buat jubah bolehlah hubungi Neny. Sape cepat dia dapat :)


Berikut adalah contoh kain Jeans. Tapi kalau nak tengok lain-lain corak tu datanglah ke USJ. Kalau nak datang buat call dulu ye  :)




(OUT-OF-STOCK)




Yang ini pula....contoh kain bercorak Lycra :


(OUT-OF-STOCK)



Wassalam.


NENY - 013-3321113


Sunday, 24 April 2011

KOLEKSI JUBAH APRIL 2011

Assalamu'alaikum,

Dah lama tak update blog ni. Dah ramai bertanya kenapa sejak kebelakangan ni dah slow sikit. Bukannya apa, TERamatlah sibuk sekarang ni. Alhamdulillah tempahan dari pelanggan dan wakil jualan agak banyak jadi blog pun dah tak sempat nak update. Hari ni  ada masa sikit jadi ambil photo beberapa contoh jubah dan blouse. Kalau nak tengok banyak-banyak lagi tu .....call Neny terus atau datang aje ke USJ, Subang Jaya. Kepada semua pelanggan dan wakil jualan terima kasih di atas sokongan anda semua :)


JBH56






JBH57
Wassalam...

Saturday, 5 February 2011

NEW ARRIVAL....KAIN JERSEY BERBUNGA TIMBUL DAN BERBATU

Assalamu'alaikum  utk semua,

Pada post kami kali ini ingin kami memperkenalkan kain jersey terbaru dengan bunga timbul dan berbatu. Amat sesuai utk dibuat tudung ataupun jubah. Contoh-contoh dibawah berwarna putih, dark grey, dark blue dan coklat. Macam biasa, kepada yang berminat tu bolehlah hubungi kami di 013-3321113 atau email nenybiz@gmail.com




STOK DAH HABIS



Warna yang dilihat dalam blog ini mungkin sedikit berbeza dengan warna sebenar...kesan dari cahaya kamera .


Wassalam.

Friday, 4 February 2011

Tudung Dalam Islam

Assalamu'alaikum,

Allah dalam firmanNya:


"…Dan hendaklah mereka (wanita beriman) menutup kain tudung mereka ke paras dada…" [TMQ an-Nur:31]

Hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Ibn Jarir daripada 'Aishah radhiAllahu 'anha:

"Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama, apabila turunnya ayat (yang bermaksud) "…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…", serta-merta mereka mengoyakkan apa sahaja kain (yang ada di sekeliling mereka) lalu bertudung dengannya".
 
Maksud ayat AlQuran dan Hadis di atas jelas akan kewajipan seorang wanita Islam utk memakai tudung. Kebanyakan wanita Islam di Malaysia telah memakai tudung. Alhamdulillah...jika dilihat pada satu sudut lebih baik bertudung daripada tidak bertudung langsung.  Tapi persoalannya setakat mana aurat benar-benar kita jaga?. Adakah kerana secara ikut-ikutan sahaja atau benar-benar mengikut syariat? 
 
Marilah sama-sama kita muhasabah diri kita dan perbaiki  yg mana kurang agar menjadi lebih baik dari semalam.....berjaya bukan hanya didunia tapi yang lebih penting diakhirat kelak...yang kekal abadi buat selama-lamanya. 
 
Sampaikanlah kepada rakan-rakan kita walaupun sepotong ayat.
 
Wassalam.