BUSANA MUSLIMAH NENY TELAH BERADA DI PASARAN SEJAK 2009 LAGI.....KAMI MENAWARKAN KOLEKSI MUSLIMAH YG TERDIRI DARI JUBAH MODEN, BLOUSE LABUH, TUDUNG, TELEKUNG DAN PAKAIAN PENGANTIN.....KESELESAAN, KECANTIKAN, KUALITI ADALAH KEUTAMAAN KAMI.....TAWARAN KINI DIBUKA KPD YG BERMINAT MENJADI PENGEDAR KOLEKSI NENY.....SILA HUBUNGI EMAIL ATAU TELEFON DLM BLOG INI....
HTML Free Code

Sunday, 5 December 2010

Contoh Keluaran NENY - 5/12/10

Salam untuk semua,

JBH14



JBH15
 (jubah+seluar)


JBH16



JBH17



JBH18



JBH19



JBH20



JBH21 



JBH22



JBH23



BLOUSE12


Saturday, 4 December 2010

MALAM PERTAMA.....

Malam pertama...


Malam itu ialah Malam Pertama Di Alam Kubur
Pernahkah engkau melihat kuburan?
Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan?
Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat?
Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur?

Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk orang-orang selain darimu?Bukankah telah silih berganti engkau melihat teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu diusung dari dunia fana ini ke kuburan?

Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara?"Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur?

Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan.Malam yang kerananya para ulama' serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh.

Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza.

"Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana?"

Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita, lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah.

Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir.

Itukah yang kita mahukan? Pastinya tidak bukan?

Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi Malam Pertama Di Alam Kubur! Di dalam usahanya mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut, adalah diceritakan bahawa Rabi' bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras, maka ia masuk ke liang kubur tersebut. Ia menganggap dirinya telah mati, lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia, seraya membaca ayat: "Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu)." (Surah Al-Mu'minun, ayat 99-100)

Kemudian ia menjawab sendiri; "Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi'.." Dan disebabkan hal tersebut, Rabi' bin Khutsaim didapati pada hari-hari sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah dan bertaqwa kepada Allah! Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti? Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya. "Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!"

Kematian itu pasti. Ia tidak meleset meski hanya sedetik. Ia biasa datang menyerap dengan tiba-tiba. Ia misteri. Kerananya setiap orang semestinya selalu siap. Dan tentu, husnul khatimah harus menjadi pilihan. Untuk mencapai itu, harus melalui jalan syari'at dengan menjalankan segala perintah dan menjauhi segala larangan Allah Ta'ala. Tanpanya, husnul khatimah itu nihil. Bukankah, perahu tak akan berjalan di daratan?

Wahai orang tua yang telah bongkok punggungnya dan dekat ajalnya, apakah engkau telah bersiap-siap menghadapi malam pertama? Wahai pemuda/i yang bergelimang harta, apakah engkau telah bersiap-siap menghadapi malam pertama? Ia adalah malam pertama dengan dua wajah, mungkin menjadi malam pertama bagi malam-malam syurga berikutnya, atau menjadi malam pertama bagi malam-malam neraka selanjutnya.



(Dipetik dari buku Malam Pertama Di Alam Kubur karya Dr Aidh Abdullah Al-Qarni)

Saturday, 20 November 2010

Tudung Curly Dan Berbatu Dari NENY

Salam,

Dibawah contoh-contoh koleksi tudung 'curly' dan berbatu dari Neny.



















Saturday, 13 November 2010

SELAMAT HARI RAYA HAJI 2010

Salam,

Sekali lagi umat Islam berkumpul diKota Makkah utk menunaikan Rukun Islam ke-5. Bertuahlah mereka yang di 'jemput' kesana pada tahun ini. Sekarang ni utk umat Islam di Malaysia, bukannya mudah nak kesana, terpaksa tunggu lebih kurang 10-12 tahun selepas berdaftar dengan Tabung Haji. Yg belum tu, cepat-cepatlah daftar selagi usia dikandung badan. Lebih-lebih lagi ketika usia masih muda, masih bertenaga. Ibadah Haji memerlukan kekuatan mental dan fizikal, kalau dah lanjut tu susah sikit...tapi susah senang tu adalah ketentuan dari Allah. Kita cuma berikhtiar dan berserah.

Kepada yg tidak berada disana, sama-samalah kita mengerjakan ibadah korban ditanahair. Semoga diterimaNYA....InsyaAllah. 

You tube dibawah yg kami dapat  Haji 2008. Bukan gambar kami pun ..tapi bila lihat pada you tube ni terkenang kami berdua ketika disana pada tahun yg sama.




SELAMAT HARI RAYA KORBAN 2010

Saturday, 6 November 2010

CONTOH JUBAH, BLOUSE DAN TUDUNG NENY - November 2010

Salam,

Tengok-tengoklah contoh-contoh jubah, blouse labuh dan tudung Neny ye....Semua keluaran kami sendiri bukan dari Vietnam, Indonesia atau negara-negara lain. Kalau berkenan tu contact-contact lah. Stok utk kain-kain ini semuanya terhad. Sape cepat dia dapat...


JUBAH

JBH07


JBH08


JBH09


JBH10


JBH11


JBH12



JBH13



BLOUSE

BLOUSE05


BLOUSE06


BLOUSE07


BLOUSE08


BLOUSE09


BLOUSE10


BLOUSE11




TUDUNG-TUDUNG AWNING BERLAPIS













Saturday, 30 October 2010

STOK TERKINI KAIN UTK JUBAH, BLOUSE DAN TUDUNG

Ini sebahagian stok yang baru kami terima hari ini. Ada yang berkenan tak?

STOK SUDAH HABIS



Contoh Jubah Dan Blouse NENY.


JBH05



BLOUSE03



JBH06


BLOUSE04

Saturday, 23 October 2010

TUDUNG DOUBLE LAYER - TUDUNG ROZITA CHE WAN

Just nak tunjukkan contoh tudung double layer keluaran kami yang terkenal dengan nama tudung Rozita Che Wan. Kain sebelah dalam (Inner) adalah kain Lycra manakala sebelah luar (outer) dari jenis kain ciffon yang berkualiti. Tudung dibawah bersaiz M. Beza tudung kami dengan yang ada dipasaran, sebagai contoh saiz M dibawah lebih labuh dari saiz M dalam pasaran. Pasti berada dibawah paras dada.

Gambar-gambar dibawah mungkin tak nampak kemas sangat sebab baru siap jahit dah tak sabar nak masuk blog. Model pun tak sempat nak pakai lagi....

  JUALAN PENGHABISAN STOK YG BERMULA PADA SEPTEMBER LALU TELAH PUN BERAKHIR.












OPEN OUR EYES, OUR HEARTS AND MINDS :




KEPADA SEMUA PELANGGAN DAN PENGUNJUNG BLOG INI YG AKAN MENUNAIKAN HAJI PADA TAHUN INI KAMI UCAPKAN :

SELAMAT BERANGKAT KE TANAH SUCI. SEMOGA MENDAPAT HAJI YG MABRUR.

Tuesday, 12 October 2010

Tarikh Keramat 10.10.10

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
“ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir "
- Ar-Rum : Ayat 21


Tahniah utk Cik Shida dan En Amir atas majlis pernikahan yang berlangsung pada 10.10.10 tarikh yg menjadi pilihan kebanyakan mempelai pada tahun ini. Semoga Allah memberkati mereka berdua.

--- The Photos Have Been Removed ---





Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia.

Saturday, 2 October 2010

CONTOH JUBAH DAN BLOUSE NENY

Salam,

Kami juga menawarkan jubah dan blouse labuh untuk dipadankan dengan tudung-tudung keluaran kami. Beberapa contoh jubah dan blouse labuh dipaparkan di dalam post ini.


JBH01


JBH02


JBH03


JBH04


BLOUSE01



BLOUSE02

Kedua-dua blouse labuh diatas kami padankan bersama seluar muslimah. Walau bagaimanapun, seluar muslimah tersebut tidak dipaparkan di dalam post ini.

Jadi macam biasa....kalau ada yang teringin samada nak jadi Pengedar atau nak membeli jubah dan blouse-blouse tersebut hubungi kami di nenybiz@gmail.com atau di 013-3321113. Anda juga boleh menghubungi wakil-wakil Pengedar seperti yag disenarikan dalam blog ini.

JUALAN PENGHABISAN STOK TUDUNG MASIH LAGI BERLANGSUNG !!! Siapa Cepat Dia Dapat....


Wassalam