Kali ini kami hanya ingin berkongsi sedikit pengalaman mengenai ibadah Umrah. Alhamdulilllah...kami sekeluarga (saya dan suami, 3 anak dan ibu) baru sahaja kembali mengerjakan Umrah. Tak dapat nak digambarkan bagaimana bahagia dan sebaknya kami sekeluarga apabila dapat sama-sama bertawaf dan berdoa dihadapan Kaabah. Syukur yang teramat sangat kepada Allah swt kerana impian kami untuk mengerjakan Umrah sekeluarga akhirnya dimakbulkan olehNya jua.
Perjalanan kami bermula dengan berihram di KLIA kerana kami akan terus masuk ke Mekah, jadi perlu berniat dalam pesawat setibanuya di Qarnul Manazil. Bertolak pada jam 3.00 ptg dari KLIA. Agak kekok juga anak lelaki bongsu kami yg berusia 10 tahun memakai pakaian ihram dalam pesawat. Maklumlah untuk lelaki, hanya 2 keping kain putih yg dipakainya...pakaian dalam pun tak ada :)
Setibanya kami di lapangan terbang Jeddah, kami terus dibawa oleh pihak pengendali Umrah kami - Rayhar travel menaiki bas menuju ke Mekah.. Perjalanan ke Mekah mengambil masa kurang lebih 3 jam. Setibanya di hotel pada jam 10.30 mlm waktu Malaysia, kami berehat sebentar sebelum ke Masjidil Haram untuk memulakan kerja-kerja Umrah. Ibadah Umrah pertama kami dapat diselesaikan lebih kurang jam 2.30 pagi waktu Malaysia. Walaupun letih, perasaan gembira tak dapat digambarkan kerana telah berjaya melengkapkan rukun Umrah...Alhamdulillah
Kami berada di Mekah selama 8 hari dan di Madinah selama 4 hari. Betapa sayu dan sedihnya kami apabila terpaksa meninggalkan kedua-dua tanah suci tersebut untuk kembali ketanah air. Apa yg kami harapkan...Umrah kali ini bukanlah kali terakhir untuk kami sekeluarga.Semoga diberi kelapangan masa, rezeki dan umur yang panjang oleh Nya agar kami dapat sekali lagi kesana....InsyaAllah.
Suasana jemaah bertawaf diantara waktu Maghrib dan Isya.
Pencakar langit yg baru dibina bersebelahan Masjidil Haram - Abraj Al-Bait. Sesuaikah ia dibina berdekatan Masjidil Haram?
Anak bongsu kami ketika berada di rooftop Masjidil Haram
Perkuburan BAQI' Madinah (bersebelahan Masjid Nabawi) dimana terletaknya persemadian Ahlil Bait (Ummul mukminin - isteri-isteri Rasulullah, anak-anak, bapa saudara dan sepupu Rasulullah s.a.w). Turut bersemadi disini ialah 10,000 para sahabat yang telah berkorban jiwa raga dan harta benda berjuang bersama-sama Rasulullah untuk menegakkan daulah Islamiah dimukabumi ini. Antara sahabat yang disemadikan disini ialah OthmanIbnu Affan, khalifah Islam keempat.
Perkarangan Masjidil Nabawi dengan payung gergasi yang dibuka ketika cuaca panas.
Jabal Uhud - Bukit kemerah-merahan yang menjadi saksi gugurnya para syuhada ketika peperangan Uhud....Anak bongsu kami ni dah dapat kawan pulak di Uhud....dua-dua nama sama.... Ahmad :)
Wassalam.