BUSANA MUSLIMAH NENY TELAH BERADA DI PASARAN SEJAK 2009 LAGI.....KAMI MENAWARKAN KOLEKSI MUSLIMAH YG TERDIRI DARI JUBAH MODEN, BLOUSE LABUH, TUDUNG, TELEKUNG DAN PAKAIAN PENGANTIN.....KESELESAAN, KECANTIKAN, KUALITI ADALAH KEUTAMAAN KAMI.....TAWARAN KINI DIBUKA KPD YG BERMINAT MENJADI PENGEDAR KOLEKSI NENY.....SILA HUBUNGI EMAIL ATAU TELEFON DLM BLOG INI....
HTML Free Code

Friday, 16 December 2011

KOLEKSI NENY DISEMBER 2011

Assalamu'alaikum,


Kita mulakan post kali ini dengan sepotong ayat Allah utk renungan dan panduan kita bersama. 

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Jika kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan) maka yang demikian itu menyakitkan hati mereka. Dan jika kamu ditimpa bencana mereka bergembira dengannya. Dan jika kamu bersabar dan bertakwa maka tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuan-Nya atas apa juga yang mereka lakukan.” (Surah Al Imran, ayat 120) 

Telah menjadi sunatullah, setiap manusia dicipta mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kesemuanya ini telah menjadi qadha Allah dan ketentuanNya dalam melebihkan dan mengurangkan anugerah nikmatNya terhadap hamba-hambaNya kerana Dia yang lebih mengetahui apa yang baik untuk hambaNya.

Dalam memelihara keimanan dan tingkahlaku kita sebagai seorang Islam, sepatutnya kita berasa senang dengan kelebihan yang diperolehi oleh saudara kita yang lain. Tetapi, apa yang sering kita lihat, sejak dari zaman Nabi Adam lagi hingga sekarang ini, sifat iri hati dan hasad dengki seolah-olah menjadi darah daging dalam jiwa manusia. Sifat yang keji ini jika tidak dirawati lama kelamaan akan membawa padah yang amat buruk pada individu itu sendiri dan juga pada masyarakat sekeliling. Semoga kita dijauhi dari sifat-sifat sedemikian.

Okay sekarang kita berbalik pada koleksi NENY, kurang lebih 2 minggu lagi tahun 2011 akan melabuhkan tirainya dan kita akan melangkah ke tahun baru 2012. Sebagai penutup untuk tahun ini, Koleksi NENY ingin memaparkan beberapa rekaan untuk tatapan pengunjung blog ini.  Kalau ada yang berkenan jemputlah datang ke 'Butik' kami di USJ, Subang Jaya. 

Kepada yang tidak berkesempatan ke USJ bolehlah hubungi kami melalui e-mail, telefon ataupun facebook. Setiap koleksi kami adalah terhad. 

JBH112







JBH113








JBH114




JBH115













JBH116








JBH117








JBH118







JBH119







JBH120








JBH121








JBH122








JBH123






JBH124








JBH125







JBH126









Wassalam.