Friday, 16 December 2011
KOLEKSI NENY DISEMBER 2011
Assalamu'alaikum,
Okay sekarang kita berbalik pada koleksi NENY, kurang lebih 2 minggu lagi tahun 2011 akan melabuhkan tirainya dan kita akan melangkah ke tahun baru 2012. Sebagai penutup untuk tahun ini, Koleksi NENY ingin memaparkan beberapa rekaan untuk tatapan pengunjung blog ini. Kalau ada yang berkenan jemputlah datang ke 'Butik' kami di USJ, Subang Jaya.
Kita mulakan post kali ini dengan sepotong ayat Allah utk renungan dan panduan kita bersama.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Jika kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan) maka yang demikian itu menyakitkan hati mereka. Dan jika kamu ditimpa bencana mereka bergembira dengannya. Dan jika kamu bersabar dan bertakwa maka tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuan-Nya atas apa juga yang mereka lakukan.” (Surah Al Imran, ayat 120)
Telah menjadi sunatullah, setiap manusia dicipta mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kesemuanya ini telah menjadi qadha Allah dan ketentuanNya dalam melebihkan dan mengurangkan anugerah nikmatNya terhadap hamba-hambaNya kerana Dia yang lebih mengetahui apa yang baik untuk hambaNya.
Dalam memelihara keimanan dan tingkahlaku kita sebagai seorang Islam, sepatutnya kita berasa senang dengan kelebihan yang diperolehi oleh saudara kita yang lain. Tetapi, apa yang sering kita lihat, sejak dari zaman Nabi Adam lagi hingga sekarang ini, sifat iri hati dan hasad dengki seolah-olah menjadi darah daging dalam jiwa manusia. Sifat yang keji ini jika tidak dirawati lama kelamaan akan membawa padah yang amat buruk pada individu itu sendiri dan juga pada masyarakat sekeliling. Semoga kita dijauhi dari sifat-sifat sedemikian.
Kepada yang tidak berkesempatan ke USJ bolehlah hubungi kami melalui e-mail, telefon ataupun facebook. Setiap koleksi kami adalah terhad.
JBH112
JBH113
JBH114
JBH115
JBH116
JBH117
JBH118
JBH119
JBH120
JBH121
JBH122
JBH123
JBH124
JBH125
JBH126
Wassalam.
Friday, 9 December 2011
PELANCARAN WEBSITE KOLEKSI NENY
Assalamu'alaikum,
Setelah beroperasi melalui blog ini semenjak tahun 2009, kini kami melancarkan Website kami di :
WWW.KOLEKSINENY.COM.MY
Jemputlah ke Laman Web terbaru kami. Sebarang maklumbalas sila emailkan kepada nenybiz@gmail.com
Walaupun kini kami telah mempunyai Website, Blog TUDUNG NENY akan tetap diteruskan dengan koleksi-koleksi terbaru dari kami.
Anda mempunyai 2 pilihan samada hendak ke Blog TUDUNG NENY atau WEBSITE KOLEKSI NENY.
Wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)