BUSANA MUSLIMAH NENY TELAH BERADA DI PASARAN SEJAK 2009 LAGI.....KAMI MENAWARKAN KOLEKSI MUSLIMAH YG TERDIRI DARI JUBAH MODEN, BLOUSE LABUH, TUDUNG, TELEKUNG DAN PAKAIAN PENGANTIN.....KESELESAAN, KECANTIKAN, KUALITI ADALAH KEUTAMAAN KAMI.....TAWARAN KINI DIBUKA KPD YG BERMINAT MENJADI PENGEDAR KOLEKSI NENY.....SILA HUBUNGI EMAIL ATAU TELEFON DLM BLOG INI....
HTML Free Code

Wednesday, 17 August 2011

Renungan Ramadhan

Assalamu'alaikum,

Sedar atau tidak, kita telah sampai kepertengahan Ramadhan. Hari ini di Selangor merupakan hari cuti umum Nuzul Quran. Apa perasaan kita dan bagaimana perjalanan Ramadhan kita pada kali ini? Adakah lebih baik dari tahun-tahun yang lepas atau semakin merudum prestasinya?
 
Jangan kita lupa, ganjaran pahala yang sebegitu besar di bulan Ramadhan yang tak sepatutnya peluang ini kita lepaskan begitu saja.Satu amalan sunat di bulan yang mulia ini di bayar dengan kiraan satu amalan wajib. Manakala satu amalan wajib akan dibayar dengan 70 kali ganda. MasyaAllah...begitulah Maha Pemurahnya Allah kepada para hambanya. Sama-samalah kita berusaha kerana mungkinkah ini Ramadan terakhir buat kita?


Ingatlah...Kematian adalah satu kepastian. Sehebat manapun kita, setinggi manapun pangkat kita, sebanyak manapun harta kekayaan kita, sebaik mana pun kesihatan kita...YANG PASTI kematian tetap akan menjemput kita. Mungkin sebentar lagi, mungkin esok ,mungkin lusa, mungkin minggu depan, bulan depan, tahun depan.....Segalanya berserah kepadaNYA dan yang perlu bagi kita adalah bersedia menghadapi saat itu. Cuba kita renungkan dan bermuhasabah tentang dosa dan pahala yg telah kita lakukan selama ini. Jangan sampai SESALAN mengiringi kita ke sana.

Semarakkan Ramadhan dengan : solat tarawih, iktikaf, qiamullail, bersedekah, amalam-amalan terpuji. Semoga Ramadhan kali ini kita tidak rugi lagi....