Para ulama kontemporari tidak menolak keharusan menyambut Maulidur Rasul, kerana mungkin itu boleh dianggap sebahagian dari kecintaan kita kepada baginda, dan kita jadikan kecintaan itu juga adalah kecintaan kepada Allah SWT.
Walaupun pada zaman kehidupan baginda sendiri tidak pernah menyambutnya, begitulah pada zaman para sahabat, tabiin dan generasi selepas mereka yang berada pada zaman keemasan Islam.
Mereka berpendapat, bahawa selagi mana sambutan Maulidur Rasul itu boleh menyedarkan manusia dengan pengajaran agama serta menghayati keperibadaan baginda s.a.w., maka selagi itulah ia diterima sebagai salah satu pendekatan yang baik menurut Islam.