BUSANA MUSLIMAH NENY TELAH BERADA DI PASARAN SEJAK 2009 LAGI.....KAMI MENAWARKAN KOLEKSI MUSLIMAH YG TERDIRI DARI JUBAH MODEN, BLOUSE LABUH, TUDUNG, TELEKUNG DAN PAKAIAN PENGANTIN.....KESELESAAN, KECANTIKAN, KUALITI ADALAH KEUTAMAAN KAMI.....TAWARAN KINI DIBUKA KPD YG BERMINAT MENJADI PENGEDAR KOLEKSI NENY.....SILA HUBUNGI EMAIL ATAU TELEFON DLM BLOG INI....
HTML Free Code

Tuesday 5 November 2013

SALAM MAAL HIJRAH


Maal Hijrah mengingatkan kita tentang perjuangan Rasulullah saw. Jika direnungkan dengan lebih mendalam bermakna umur kita semakin meningkat dan perjalanan kita kealam barzakh semakin dekat.  Ianya juga sebagai tanda bahawa pertemuan kita dengan Maha Pencipta juga semakin hampir. 

Trend terkini kita dapati ramai diantara kita menghantar ucapan selamat menyambut Maal Hijrah melalui laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter, Blog maupun Whats app. Apakah itu memadai? Kita berbangga apabila message yg kita hantar itu di sambut oleh kawan-kawan kita dengan menekan butang (Like) beribu-ribu kali. Adakah itu  yg ingin kita capai? Adakalanya tanpa disedari kita hanya pandai berbicara di Laman-laman sosial ini tetapi pada hakikatnya akhlak kita, ibadah kita, hubungan kita dengan Allah dan keluarga kita masih ditahap lama dan lebih menyedihkan semakin jauh dari mengingati Allah. 

Jadi ditahun baru ini sama-samalah kita fikir-fikirkan. Gunakanlah Laman sosial (FB, Twitter, Blog, Whats apps dsbnya) dengan berhemah, Jangan sampai ianya dipersoalkan dihadapan Allah di akhirat kelak.

Wallahhu a'lam - Allahlah yang maha mengetahui.