BUSANA MUSLIMAH NENY TELAH BERADA DI PASARAN SEJAK 2009 LAGI.....KAMI MENAWARKAN KOLEKSI MUSLIMAH YG TERDIRI DARI JUBAH MODEN, BLOUSE LABUH, TUDUNG, TELEKUNG DAN PAKAIAN PENGANTIN.....KESELESAAN, KECANTIKAN, KUALITI ADALAH KEUTAMAAN KAMI.....TAWARAN KINI DIBUKA KPD YG BERMINAT MENJADI PENGEDAR KOLEKSI NENY.....SILA HUBUNGI EMAIL ATAU TELEFON DLM BLOG INI....
HTML Free Code

Tuesday 31 August 2010

RAMADHAN - 10 hari terakhir

Salam untuk semua pengunjung blog tudung NENY,

Kini kita semakin hampir kepenghujung Ramadhan. Hanya tinggal 9 hari lagi sebelum kita meninggalkan bulan yang penuh rahmat ini. Diantara malam-malam terakhir ini akan adanya malam lailatul qadar.

Malam lailatul qadar terjadi pada bulan Ramadhan, sekali dalam setahun. Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda yang bermaksud :

”Carilah lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan, jika ada diantara kalian lemah, maka jangan sampai luput dari tujuh malam yang terakhir.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Saturday 21 August 2010

RAMADHAN - Fasa Kedua

Salam,

10 hari pertama telah berlalu. Kini kita telah memasuki fasa kedua Ramadhan iaitu fasa maghfirah (pengampunan). Semoga kita dapat teruskan dengan usaha-usaha kita untuk beramal sebanyak mungkin dibulan ini. Doakan dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik untuk terus menghayati Ramadhan hingga ke penghujungnya.

Adakah Ramadhan ini merupakan Ramadhan terakhir buat kita? Hanya Allah sahajalah yang Maha mengetahui....

Bulan Ramadhan ini kami tak senaraikan corak-corak stok kain terbaru kami dlm blog ini.  Lepas Raya nanti akan disenaraikan semula.  

Wassalam.


INSHAALLAH

Monday 9 August 2010

SELAMAT MENGERJAKAN IBADAH PUASA

Sabda Nabi (s.a.w) -  Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :

a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah

b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.

c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.

d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.

e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)

Selamat Mengerjakan Ibadah Puasa. Doakan agar kita dapat menyempurnakan ibadah ini  lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.