BUSANA MUSLIMAH NENY TELAH BERADA DI PASARAN SEJAK 2009 LAGI.....KAMI MENAWARKAN KOLEKSI MUSLIMAH YG TERDIRI DARI JUBAH MODEN, BLOUSE LABUH, TUDUNG, TELEKUNG DAN PAKAIAN PENGANTIN.....KESELESAAN, KECANTIKAN, KUALITI ADALAH KEUTAMAAN KAMI.....TAWARAN KINI DIBUKA KPD YG BERMINAT MENJADI PENGEDAR KOLEKSI NENY.....SILA HUBUNGI EMAIL ATAU TELEFON DLM BLOG INI....
HTML Free Code

Sunday 28 March 2010

Contoh-contoh kain corak - 28/3/2010

Salam,

Disenaraikan contoh kain yg baru kami perolehi hari ini. Sesuai untuk dijadikan tudung ataupun blouse muslimah.  Sebahagiannya bercorak dan berbatu.


PHOTO TELAH DI DELETE.....TIADA STOK LAGI...

C123



C124




C125



C126




C127



C128



C129



C130



C131



C132











Sunday 21 March 2010

ABAYA - New Arrival....from Dubai and Jordan

Jangan ketinggalan untuk mendapatkan ABAYA yang diimport terus dari Dubai dan Jordan.....hubungi kami atau wakil-wakil kami....
CODE : ABY01




CODE : ABY02




CODE : ABY03




CODE:ABY04
  



CODE: ABY05



CODE : ABY06





Saturday 20 March 2010

SANTAPAN ROHANI.....Untuk Renungan Kita...

Bersihkan lah diri mu sebelum kamu di mandikan
Berwudhuklah kamu sebelum kamu di wudhukkan
Dan solatlah kamu sebelum kamu di solatkan


Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutup dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih walaupun orang yang hadir itu merintih


Selepas itu kamu akan diletakkan dia atas lantai lalu dilaksanakan solat jenazah dengan empat takbir dan satu salam, berserta fatihah,selawat,dan doa sebagai memenuhi tuntutan fardu kifayah
tapi,apakah empat kali takbir itu dapat menebus segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat jenazah yang tanpa rukuk dan sujud dapat membayar hutang rukuk dan sujud yang telah ditinggalkan?


Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru aku menyeru sekelian muslimin dan muslimat
Usunglah dirimu ketikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahat ,menjadi makanan cacing dan mamahan ulat
Iringlah dirimu kemasjid
Sebelum dirimu diiringi ke pusara


Tangisilah dosa-dosa mu di dunia,
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa
Sucikan lah dirimu sebelum dirimu disucikan,
sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan


Dengan panggilan Izrail yang menakutkan ,berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal bukan yang pergi


Beristighfarlah kamu sebelum kamu diisthighfarkan
Ingatlah di mana saja kamu berada kamu tetap memijak bumi tuhan
Dan di bumbungi dengan langit tuhan serta menikmati rezeki tuhan
Justeru, bila dia menyeru,sambutlah seruannya.


Sebelum dia memanggilmu buat kali terakhirnya
Ingatlah kamu dulu hanyalah setitis air yang tidak beerti
lalu menjadi segumpal darah lalu menjadi seketul daging


Lalu daging itu membaluti tulang lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu,
tetapi Allah mengangkat mu ke suatu mercu yang lebih agung dari malaikat,
lahirmu bukan untuk dunia tapi gunakan lah ia untuk melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan hayyaalassallah


Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan hayyaalalfallah


Jalan kemenangan akhirat dan dunia
Ingatlah yang kekal ialah amal menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan guna kembali ke pangkuan tuhan